fbpx

Memang tak dapat dinafikan santan kelapa adalah satu bahan masakan yang wajib digunakan oleh masyarakat di Malaysia untuk menghasilkan menu-menu yang sedap dan berlemak. Bermula dari penyediaan kuih muih hinggalah sajian lauk pauk.

Pengambilan santan juga selalu dikatakan sebagai lemak yang tidak sihat dan boleh menyebabkan masalah kolestrol tinggi. Jangan risau! Sebenarnya ada bahan lain sebagai pengganti santan dalam masakan seperti susu badam, yogurt dan susu cair.

Tapi tak ramai yang tahu, ada sesetengah golongan ibu tu siap fokus santan sahaja sebagai penyedap rasa, jika tak ada santan di rumah menu masakan tersebut tak menjadi.

Jika anda nak tahu, Anchor Dairy juga boleh dijadikan sebagai pengganti santan kerana ia membuatkan hidangan makanan anda menjadi lebih enak. Anchor Dairy memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Anchor Extra Yield Cooking Cream.

Anchor Extra Yield Cooking Cream mempunyai banyak manfaat seperti tahan haba, iaitu tidak mudah kekeringan walaupun dalam masakan yang menggunakan suhu tinggi. Kedua, tinggi prestasi pemanasan semula di mana ia tidak akan menjadi pekat walaupun dipanaskan semula.

Seterusnya, dengan Anchor Extra Yield Cooking Cream, persembahan makanan anda juga lebih menarik dan enak. Malah anda boleh bereksperimen di dapur dalam memodenkan pelbagai resipi.

Oleh kerana itu, Anchor Extra Yield Cooking Cream adalah pilihan terbaik bagi para ibu di luar sana. Jadi, anda bolehlah cuba produk ni sebagai bahan utama dan sesuai digunakan dalam masakan kari, kurma, rendang dan macam-macam lagi.

Kami ada beberapa jenis menu yang menarik nak kongsi dengan anda hanya dengan menggunakan produk Anchor Extra Yield Cooking Cream. Jom kita tengok apa menu tersebut dan selamat mencuba!

Chicken Rendang

Setiap kali tibanya Hari Raya, ramai umat Islam akan masak menu rendang ni. Tak kiralah sama ada ayam ataupun daging. Bagi anda yang ingin mengasah bakat untuk masak rendang istimewa ni, bolehlah cuba resepinya di sini.

https://www.instagram.com/p/CEYQOlgJGwl/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again?utm_source=ig_embed

https://www.instagram.com/p/CEYylTKJUmL/?utm_source=ig_embed

Rendang Beef & Cheese Coney

Manakala resepi untuk Rendang Beef & Cheese Coney pula, ada boleh klik di sini untuk merasai kelainan dan mencuba makanan seperti orang barat.

Cream of Mushroom Soup

Memang menyelerakan betul bila tengok Cream of Mushroom Soup kan? Lepas ni anda tak perlu bersusah payah beli dekat kedai. Korang boleh mencuba sendiri resepi yang lazat ni di sini.

Tepung pelita

Kami percaya ramai yang gemar dengan tepung pelita ni. Ingatkan susah nak buat, rupa-rupanya mudah sebenarnya. Nak cuba? Boleh klik sini.

Senang jer gais kalau anda menggunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream ni. Pelbagai menu anda boleh buat di rumah.

Kalau nak tengok lebih banyak resepi, anda boleh layari ke laman website https://www.kuali.com/ okay.

Sekarang anda dah tahu kan kebaikan Anchor Extra Yield Cooking Cream yang boleh menggantikan santan sebagai bahan masakan utama untuk kualiti makanan yang lebih baik dan sihat. Semoga bermanfaat untuk yang rajin memasak!