fbpx

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Nelydia Senrose dikatakan tidak konsisten memakai hijab selepas pulang mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.

Memetik Harian Metro, Nelydia mengakui kesilapannya serta memohon maaf di atas kekhilafan yang berlaku.

BACA: Balik Dari Tunai Haji, Imej Berhijab Nelydia Senrose Dipuji Ramai

“Saya sedar yang saya tidak sepatutnya buat macam itu, tapi saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan diri.

“Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah,” katanya.

Dalam pada itu, Nelydia yang baru pulang dari menunaikan ibadah haji berharap orang ramai dapat mendoakan dirinya menjadi insan lebih baik serta dapat memakai hijab sepenuhnya.

“Doakan agar saya diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab. Selama ini pun memang saya mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri.

“Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik. Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari,” katanya.