fbpx

Meskipun sering menerima pelbagai kecaman dan kata-kata negatif daripada netizen, namun ia tidak mematahkan semangat pelakon Syifa Melvin untuk berjaya untuk mencapai impiannya sehinggakan kini sudah bergelar jutawan muda.

Syifa berkata dia mampu berdepan segala kecaman dengan tenang disebabkan oleh doa serta kata-kata semangat yang diterima daripada netizen dan peminat di media sosial. Perkara itu dikongsikan oleh Syifa dengan memuat naik komen daripada peminat yang mendoakannya berjaya dalam kehidupan.

BACA: “Saya Janji Akan Jaga Keluarga Awak” – Syifa Melvin

“Sebab setiap kali kena kecam, Syifa terima mesej-mesej yang mendoakan macam ini di DM. dengan doa kalian juga Syifa berjaya ignore the haters.

“Mesej-mesej macam ini membuktikan masih ramai lagi manusia yang berhati bersih dan baik. Terima kasih atas doa awak,” katanya.

Dalam pada itu, Syifa turut memberikan pendapat apabila ada netizen yang meminta pandangannya mengenai kehidupan privasi dalam sebuah hubungan adakah perlu untuk periksa telefon pasangan.

Syifa berkata tak salah sekiranya seseorang itu ingin mengambil tahu tentang privasi pasangannya namun perlu meletakkan had supaya tidak timbul isu kepercayaan. Katanya jika ada perkara yang tidak puas hati lebih baik jika bertanya terus daripada selidik sendiri.

“Open minded tak salah tapi janganlah sampai ada trust issue. Kita kena hormat privasi masing-masing. Tahu password tak apa tapi sekadar tahu sebagai rujukan bila kecemasan.

“Nak periksa selalu itu Syifa rasa macam tak ok kot sebab kalau kita menghormati privasi pasangan kita, mereka akan lebih senang dengan kita,” katanya.

Kata Syifa lagi, dia mengakui lebih memilih untuk tidak mengambil tahu privasi pasangan kerana beranggapan ia akan mengganggu emosinya.