fbpx

Tidak dinafikan ramai anak muda kini sanggup memuat naik video gedik dan melampau semata-mata untuk mengejar populariti.

Namun, ada beberapa personaliti media sosial yang memuat naik video dengan konten menghiburkan serta bersahaja yang boleh dijadikan teladan ramai.

BACA: Ryan Bakery Tak Sangka Dapat ‘Gift Singa’, Rezeki Buat Duit Kahwin

Baru-baru ini tular perkongsian seorang netizen mengenai pempengaruh tersohor, Ryan Bakery yang telah dibuang kerja dari bidang kargo penerbangan ketika pandemik.

Selepas dibuang kerja, pemuda 28 tahun itu pulang ke kampung halaman melakukan kerja biasa sebelum mendapat idea untuk memuat naik konten bersahaja di aplikasi TikTok.

Telatahnya membawakan watak budak kecil dengan berbaju t-shirt serta muka dipenuhi bedak tertanya membuatkan ramai terhibur serta menggamit memori ketika zaman persekolahan.

Malah, seorang lagi netizen turut memuji seorang wanita bernama Ume Cikin yang tampil dengan video bersahaja seperti memasak dan gelagat bersama adik beradiknya.

Difahamkan, Ume juga mempunyai latarbelakangkan bidang kejuruteraan tetapi tidak dapat bekerja dalam bidang tersebut.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook turut menjadikan pengarah filem Mat Kilau iaitu Syamsul Yusof, Ryan Bakery dan Ume Cikin sebagai teladan serta inspirasi buat mereka diluar sana.

Menurutnya, tidak perlu tergedik serta memuat naik konten seksi mahupun lawak double meaning namun tetap dapat menarik perhatian penonton.