fbpx

Ryan Bakery Tak Sangka Dapat ‘Gift Singa’, Rezeki Buat Duit Kahwin

Sebut saja nama Ryan Bakery, pasti ramai tahu pemuda itu sering tampil dengan yang video mengimbau zaman kanak-kanak dan persekolahan sehingga mendapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Baru-baru ini, sesi live Ryan Bakery di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila mendapat hadiah luar biasa daripada seorang pengguna pemurah dikenalai Sultan Pemurah.

BACA: Tiada Dialog Pun Kelakar, Netizen Terhibur Tengok Gandingan Shuib & Ryan Bakery

Menerusi sesi live itu, Ryan menerima hadiah Singa’ oleh Sultan Pemurah berkali-kali sehingga mengejutkan pemuda itu yang bimbang jika Sultan Pemurah itu tersilap menekan gift mewah berkenaan.

Ryan berkata dia tidak mengharapkan hadiah daripada pengikutnya sebaliknya hanya mahu berborak secara santai sambil bermain mainan.

Teruja dengan hadiah istimewa diterimanya, Ryan berkongsikan kegembiraan bersama tunangnya yang secara kebetulan menghubunginya ketika itu. Malah, Ryan berkata wang daripada gift tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

https://www.tiktok.com/@nrfarrahhanim/video/7123675550303980826?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

 

Sementara itu, seorang pengguna Facebook berkongsikan mengenai harga gift yang diberikan oleh Sultan Pemurah kepada Ryan.

Difahamkan, nilai gift Singa yang diberikan berharga RM1049.90. Agaknya, berapa nilai diterima apabila Ryan berkali-kali menerima gift tersebut ditambah pula dengan Castle Fantasy dan Orang Utan.

Diruangan komen, ada netizen mengatakan Sultan Pemurah berhabis RM30,000 ketika sesi live pada malam untuk. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan gift yang diterima itu adalah rezeki kahwin buat pemuda tersebut.