fbpx

Ramai sedia maklum bahawa dompet digital atau ‘e-wallet’ ini bukan perkara baru di Malaysia namun pernah anda dengar kedai yang 100% hanya mengambil bayaran secara digital? Wang tunai tidak lagi diperlukan, semua di hujung jari sekarang.

Buat pertama kalinya di Malaysia, sebuah kedai pelbagai jenama akan dibuka di Quill City Mall yang terletak di Kuala Lumpur dan bakal menjadi kedai konsep tanpa tunai (cashless concept store) terbesar di Asia Tenggara.

JDX Presto Concept Store yang bakal dibuka pada 12 Disember 2019 ini memiliki ruang seluas 50,000 kaki persegi dan menampilkan pelbagai jenama serta produk daripada kategori elektronik, gajet, kesihatan & kecantikan, kelengkapan rumah, fesyen dan makanan & minuman.

Hasil kerjasama antara PUC, Smuzcity dan Jingdong China (JD.com) ini bakal memberikan anda pengalaman membeli-belah yang lancar tanpa tunai untuk setiap barangan jualan. Anda boleh memilih lebih daripada 3,000 barangan yang sedia untuk dijual.

Kesemua barangan yang ada di JDX Concept Store ini dipilih khususnya dari senarai barangan jualan atas talian yang sedang laris di Asia Tenggara. Jadi buat pertama kalinya anda boleh mencuba dan merasai sendiri barangan terpilih ini sebelum anda melakukan pembelian.

Penat membeli-belah di JDX Concept Store yang serba canggih dan luas ini? Hilangkan dahaga dan lapar dengan peti sejuk pintar (JDX Presto Unmanned Fridge) yang menawarkan pelbagai minuman dan makanan dan boleh dibeli tanpa sebarang interaksi dengan manusia dan wang tunai.

Bersempena pembukaan JDX Concept Store pada 12 Disember nanti, 250 pembeli pertama akan berpeluang untuk membeli barangan terpilih pada harga hanya RM12.12. Jadi, jangan lupa nantikan dan tunggu untuk beratur pada 8.00 pagi di hari yang sama ya!

Lebih menarik lagi, 5 pasang tiket masuk ke taman tema Disneyland Hong Kong turut diberikan kepada pembeli bertuah yang berbelanja di JDX Concept Store pada 12 Disember sehingga 31 Disember 2019.

Ayuh, tunggu apa lagi? Rasai nikmat membeli-belah yang canggih dengan pilihan barang yang unik dan hebat di JDX Concept Store nanti!