fbpx

“Tak Perasan Pun Suami, Ibu Mentua ‘Unfollow’ Di IG”

Kemelut rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ramai apabila surat tuntutan cerai Datin Seri Nur Shahida tersebar di media sosial apabila didedahkan oleh Aliff sendiri di Instagram miliknya.

Rumah tangga pasangan itu dikatakan berantakan apabila kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing, sejak bulan lalu. Terbaharu, ibu kepada Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim pula dilihat ‘unfollow’ menantunya.

BACA: Aliff Syukri Dedah Surat Tuntutan Cerai, Muat Naik Status Sedih

Bagaimanapun, Shahida berkata dia tidak tahu ibu mentuanya ‘unfolow’ dalam IG. Malah, dia juga tidak tahu suaminya juga tidak lagi mengikutinya di Instagram dan mendapat tahu daripada komen-komen netizen.

“Saya tak perasaan. Kalau tak bagi tahu, saya memang tak tahu. Bagi saya, itu hak dan pilihannya.

“Sejujurnya, saya juga tak tahu Alif ‘unfollow’ saya tempoh hari. Saya hanya tahu daripada komen netizen. Bagaimanapun, tak mengapalah, saya tak ambil pusing pun,” katanya kepada BH Online.

Berkongsikan keadaan terkini, Shahida berkata dia dan anak-anaknya sihat dan tenang sahaja di rumah. Bagaimanapun, Shahida enggan memberikan komen lanjut isu dakwaan memfailkan perceraian di mahkamah.

“Alhamdulillah, saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik. Sihat semuanya. Saya hanya keluar rumah apabila kehabisan barang dapur, selebihnya masa saya banyak bersama anak-anak.

“Maaf, saya tak dapat komen. Bagi saya, ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap isu perceraian. Sekarang, seluruh dunia sedang berdepan dengan penularan virus COVID-19. Jadi, fokus saya mengenai keselamatan anak-anak,” katanya.