Tak Peduli Kecaman Netizen, Kak KM Backup Pakaian Seksi Anak
Baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 bersama suami dan anak-anak.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah busana yang digayakan oleh anak-anaknya menimbulkan rasa kurang senang ramai yang melihat sehingga mengundang kecaman.
BACA: Majlis Anniversary Ke-20, Netizen Tergamam Tengok Baju Anak-Anak Kak KM
Rata-rata netizen berpendapat busana yang digayakan anak-anak usahawan sensasi itu dianggap terlalu seksi sehingga menampakkan bahagian aset mereka.
Memetik mStar Online, Kak KM berkata pakaian yang dipakai oleh anak sulungnya, Nabila Razman itu tidaklah keterlaluan dan baginya baju tersebut biasa sahaja.
“Waktu kahwin dulu-dulu dah pakai kebaya jadi sekarang bila sambut anniversary rasa macam nak pakai dress pula. Bagi saya pakaian yang anak pakai hari itu biasa sahaja sebab memang jenis dress.
“Cuma waktu itu kak KM pakai rantai jadi boleh tutup bahagian dada, tetapi anak pula tak pakai. Suka hati mereka nak cakap apa. Kalau Nabila dan Rania pakai elok pun orang tetap bercakap,” katanya.
Menurut Kak KM lagi, tindakan netizen yang menularkan mengenai kisahnya membantu mengembangkan lagi perniagaannya serta mengucapkan terima kasih buat netizen.
“Terima kasih kepada netizen sebab viral lagi. Bagi Kak KM itu mungkin satu marketing sebab Kak KM memang suka viral. Sebab kalau tiada netizen yang bercakap fasal Kak KM, saya tak akan berada sampai tahap ini,” katanya.
Terdahulu, meskipun ramai yang mengecam, namun ada segelintir netizen mendoakan agar Kak KM sekeluarga diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.
- SUMBER
- mStar Online
Another attention seeker
..hmm..puas dh komen menegor..moga diberi hidayah
Buat modal sedap
Lantak dia la…nak anak dia bogel ke apa…itu sajian yg dihidang ..kita layan je
Kerana masih ramai yg beli Produk dia, dia tak kesah pun apa orang nak kata.
“Ujub” suatu sifat yang merasa diri semua betul, sebab apa yang dihajati semua dapat…yang nak menegur pula tak punya apa2….so who are U nak tegur2??? “Istidraj” pula, semakin langgar perintah ALLAH semakin berjaya, kaya raya, hidup mewah senang lenang!!!! Semoga kita semua dijauhi dari sifat2 ini….Aminnnnn
Semua berwajah Itik serati..