fbpx

Majlis Anniversary Ke-20, Netizen Tergamam Tengok Baju Anak-Anak Kak KM

Baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 bersama suami dan anak-anak.

Menerusi perkongsian di TikTok, Kak KM ada memuat naik video sekitar majlis ulang tahun perkahwinannya itu bertemakan busana serba putih.

BACA: Netizen Malu Tengok Anak Dara Kak KM Tayang Lurah

@lianarosli.sweetdara

? original sound – Lianarosli.sweetdara – KM Beauty & Cosmetic

Seperti biasa, busana yang digayakan oleh Kak KM serta anak-anaknya pasti akan menjadi perhatian serta menimbulkan rasa kurang senang ramai yang melihat.

Mana tidaknya, busana yang digayakan oleh Kak KM dan anak-anaknya itu dianggap terlalu seksi sehingga menampakkan bahagian aset mereka sekaligus mengejutkan netizen.

@lianarosli.sweetdara

? Beautiful In White – Shane Filan

Diruangan komen, rata-rata netizen mengkritik pemakaian anak-anak usahawan itu yang dianggap keterluan. Malah, ada yang mempersoakan  suami Kak KM yang membiarkan sahaja anak-anak berpakaian seksi.

Meskipun ramai yang mengecam, namun ada segelintir netizen mendoakan agar Kak KM sekeluarga diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.