fbpx

“Tak Payah Sibuk Balqis Nak Buat Apa Dengan Duit Dia”

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kenyataan Puteri Balqis yang menyuarakan hasratnya untuk melabur dalam pasaran Forex sekiranya diberi sumbangan bernilai RM100,000 apabila ditanya oleh usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri.

Kenyatan Balqis itu mengejutkan netizen kerana pada usia 13 tahun Balqis sudah memikirkan mengenai dunia pelaburan. Malah, netizen turut tertanya-tanya pelakon itu tiada menyebut langsung mahu menggunakan duit tersebut untuk rawatan hospital.

BACA: Puteri Balqis Tutup IG Selepas Mengaku Mahu Main Forex?

Bagaimanapun, penyanyi Datuk Hattan meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Youtuber terkemuka yang menemuramah Puteri Balqis untuk dimuat naik di laman YouTube milik mereka.

Hattan berpendapat, Youtuber terkemuka itu hanya menggunakan kisah kehidupan Balqis yang sedang hangat diperkatakan untuk meraih perhatian. Menurut Hattan lagi, jika ingin membuat duit sekalipun, tak perlu sibuk ‘korek’ cerita dan tanya soalan yang bukan-bukan kepada pelakon itu.

Dalam pada itu, Hattan juga meminta orang ramai berhenti daripada menggangu Balqis dan ibunya. Hattan menegaskan tidak perlu sibuk dengan kisah pelakon cilik itu dan Balqis berhak menggunakan duit yang diterima dan melakukan apa sahaja dengan duit tersebut.

Sejak Isnin lalu kehilangan akaun Instagram pelakon cilik itu mengundang persoalan dan kebimbangan di kalangan peminatnya. Akaun Instagram Balqis dipercayai telah dinyahaktifkan selepas tular pengakuannya mengenai Forex.