fbpx

“Tak Payah Penatkan Tangan, Mulut Untuk Bergaduh” – Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa meminta peminat serta netizen supaya berhenti berbalah mengenai isu inai jenamanya dengan jenama lain.

Memetik Utusan Online, Neelofa berharap ianya dapat dihentikan segera serta meletakkan kepercayaan Allah dengan rezeki yang diberikan.

BACA: Neelofa Dedah Punca Ameera Khan ‘Hilang’ Dari Instagram

“Bagi saya, tak payahlah nak memenatkan anda punya kepala, tangan dan mulut untuk buat benda-benda begitu (bergaduh) sebab Allah sudah tentukan rezeki setiap hamba-Nya dalam setiap perkara.

“Cuma sekarang ini, kita nak cari rezeki yang berkat saja.Kita nak cari rezeki dengan cara yang baik tanpa perlu memaki hamun, mengecam dan menghentam,” katanya.

Menurut Neelofa, perbalahan mengenai isu inai itu berlaku mungkin kerana tempoh pelancaran produk dilakukan pada masa yang sama.

“Benda ini jadi sebab lancar pada waktu yang lebih kurang sama. Kalau ada jarak masa sikit, mungkin tak timbul isu ini.

“Tetapi, saya percaya, di akhir waktu nanti, segala perdebatan atau isu ini akan terpadam dengan sendirinya. Kemudian, kita akan nampak siapa yang bertahan dan kekal,” katanya.

Kata Neelofa lagi, isu sama pernah berlaku ketika dia melancarkan tudung sebelum ini dimana ada pihak yang bising.

“Sama juga macam saya jual tudung sebelum ini. Masa saya keluarkan tudung, banyak yang berbunyi dan bising.

“Lepas itu, banyak pula yang keluarkan tudung kemudiannya.Tetapi, jenama mana yang dilihat separuh jalan atau hangat-hangat tahi ayam? Mana yang kekal dalam pasaran?”katanya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata dia tiada niat untuk bersaing dengan jenama lain serta tidak pasti mengapa ada pihak di luar sana cuba melagakannya dengan raka artis lain.

Bukan kali pertama… Dalam bisnes, kita ada buat benda lain seperti baju, tudung dan sebagainya.Ada juga selebriti lain yang buat benda yang sama. Kita di sini, bukannya nak bersaing tak nak dia berniaga atau nak kita saja berniaga, tidak!

“Rezeki Allah itu luas. Masing-masing ada cara sendiri, rezeki pun masing-masing. Yang melaga-lagakan dan yang memanaskan ini adalah orang luar termasuk mereka yang tak faham tentang konsep rezeki. Tak mengapalah. Kita di sini, tenang-tenang saja. Orang nak cakap apa, kita relaks,” katanya.