fbpx

Neelofa Dedah Punca Ameera Khan ‘Hilang’ Dari Instagram

Di antara adik-beradik selebriti popular, Neelofa, personaliti media sosial iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular.

Bagaimanapun, baru-baru ini Instagram Ameera menjadi perhatian apabila dipercayai telah memadam semua gambar yang pernah dimuat naik sebelum ini sekaligus menjadi tanda tanya netizen.

BACA: Ameera Khan Padam Semua Gambar Di Instagram, Peminat Tanya Apa Jadi?

Memetik Astro Gempak, Neelofa memaklumkan adiknya itu kini sedang berehat untuk memberi masa buat dirinya mencari haluan diri.

“Dia ada cakap nak berehat sekejap. Sebab dia ada terima banyak tawaran fesyen dari luar negara, dalam Malaysia pun tak henti-henti orang nak dia. Dia macam hanyut dalam gelombang tu.

“Tak sempat dia nak bernafas dan tengok balik yang mana okay, mana yang tak. Dia pula baru dalam proses nak belajar agama dan ada yang bercanggah, so dia nak bertenang dan ‘take a step back’,” katanya.

Neelofa berkata, ini bukanlah kali pertama Ameera ‘hilang’ dari media sosial apatah lagi sebelum ini gadis berusia 22 tahun itu pernah memadam akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, Neelofa berpendapat segala perhatian diperoleh adiknya itu sejak belasan tahun menjadi antara faktor Ameera ‘hilang’ punca.

“Sebagai kakak, saya lihat dia sedang membesar. Dia membesar tu pula berbeza masa zaman saya. Umur dia 22 tahun, dia dapat limelight awal lagi daripada saya.

“Umur belas-belas lagi dah jadi perhatian ramai. Dia tak sempat nak tengok balik apa yang kurang dalam hidup, apa yang kena baiki, itu membuatkan dia nak rehat sekejap. Lebih kepada nak mengenal diri.

“Dia juga banyak tanya pasal soal agama, pasal aurat, hukum ini, hukum itu pada saya. Benda yang saya tahu, saya akan kongsi. Mana saya tak tahu, saya refer kepada orang yang pandai,” kataya.

Sementara itu, Neelofa turut memaklumkan adiknya itu ada menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran ke luar negara dalam bidang fesyen.