fbpx

“Tak Payah Nak Persoalkan, Ini Antara Aku Dengan Allah”

Menerusi Instagram, pengarah dan penerbit popular, Michael Ang meluahkan rasa berang apabila ada netizen mempersoalkan cara penampilannya di dalam satu gambar yang dikongsikan dimana menampakkan bahagian auratnya.

Menurut Michael, jika individu tersebut seorang Muslim yang baik dia tidak akan memberikan teguran kasar dan mengaibkan seperti itu. Individu itu juga turut meminta Michael memadam gambar berkenaan.

BACA: “Rambut Panjang Tak Bererti Kurang Ajar, Bertudung Tak Bererti Suci”

Menerusi entri itu, Michael turut memuat naik serangan balas komen antara dirinya dengan individu tersebut. Michael berkata dia bertindak berkongsikan komen individu itu untuk menunjukkan bahawa orang seperti inilah yang memburukkan nama Islam.

Michael turut berpesan kepada individu tersebut jika tidak suka dengan apa yang dikongsikan olehnya tidak perlu follow Instagram miliknya.

“Tak payah lah nak persoalkan apa aku post, tak suka jangan follow, jangan tengok dan jangan komen.
Sebab kalau kau seorang Islam yang baik, kau tak akan buat atau tulis apa yang kau cakap! Ini kehidupan aku, keimanan aku, antara aku dan tuhan,” tulisnya.

“Pagi-pagi kena hadap orang yang acah-acah macam lebih baik dari Allah. Lepas tu kantoi penipu besar.
Aku post ni sebab orang macam ni lah bagi Islam nama buruk. Kau fikir kau lebih bagus daripada muslim yang lain. Geramnya aku!

Pada April tahun lalu, Michael membuat pengakuan bahawa dirinya sudah memeluk Islam sejak lebih setahun. Michael memberitahu juga tidak mahu perkara tersebut diperbesarkan serta meminta orang ramai mendoakan yang terbaik serta semoga penghijrahannya akan sentiasa diberkati.