fbpx

“Tak Nak Orang Pandang Saya Hero Yang Ada Rupa Sahaja”

Bakat lakonan Remy Ishak tidak perlu dipertikaikan lagi, bagaimanapun, Remy enggan dikenali sebagai pelakon yang hanya mebawa satu jenis watak sahaja dan mahu dikenali sebagai pelakon serba boleh.

Lebih dikenali sebagai pelakon yang sinonim dengan hero romantik, Remy berkata dengan mencuba bermacam jenis watak ianya dapat menguji keupayaannya sebagai seorang pelakon.

BACA: Remy Ishak Beri Amaran Individu Hantar Sihir Pada Keluarganya

“Saya sebenarnya lebih suka orang kenal saya sebagai pelakon versatil yang mana watak romantik, aksi atau komedi pun saya boleh bawa.

“Sebab dengan hanya mencuba pelbagai jenis watak, ia dapat menguji keupayaan diri saya sebagai seorang pelakon,” katanya kepada Kopi Planet.

Dalam pada itu, Remy berkata dia tidak kisah untuk membawakan watak orang miskin kerana ia akan memberikan pelbagai variasi kepada penonton. Malah, Remy tidak mahu orang memandangnya sebagai hero yang ada rupa sahaja.

“Saya tak nak orang pandang saya sebagai hero romantik atau hero yang ada rupa sahaja, kalau boleh saya suka nak mempelbagaikan watak.

“Sebelum ini pun saya pernah karakter sebagai orang Bangladesh dan orang miskin tak terurus. Saya tidak kisah sebab ia akan membuatkan profil lakonan saya lebih besar dan beri banyak variasi kepada penonton,” katanya.