fbpx

Tak Nak Dituduh Kaki Ciplak, Sharifah Rose Tukar Nama Jenama Tudung

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelakon Sharifah Rose dituduh menciplak nama jenama lain sehingga dikecam teruk. Terbaru, Rose memaklumkan dia sudah pun menukar nama produknya yang sebelum ini diberi nama Sekuntum kepada Harirose.

Menurut Rose, dia dan pasukannya mengambil masa dua minggu untuk mendapatkan nama tersebut. Ujarnya, apa yang berlaku sebelum ini dijadikan sebagai pengajaran.

BACA: Sharifah Rose Digelar Vivy Yusof 2.0

“Perubahan jenama ini disebabkan isu yang berlaku sebelum ini. Kami jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Pihak kami ada hubungi individu itu dan dia nak kekalkan nama jenamanya.

“Jadi saya dan team pun ambil keputusan untuk tukar nama jenama selari dengan pelancaran koleksi raya terbaharu. Memang ambil masa yang agak lama juga nak brainstorming idea nama baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Rose menjelaskan dia dan pasukannya mengambil masa yang lama dalam pemilihan nama baru kerana mahu memastikan tiada produk lain menggunakan jenama yang sama.

“Kami ambil masa dua minggu juga nak dapatkan nama itu. Bila suggest nama, kami akan periksa dulu dekat semua platfrom agar tiada jenama yang sama menggunakan nama itu.

“Nama ‘Rose’ pula memang ramai yang guna… kali ini memang kami lebih berhati-hati. Kesilapan yang sebelum ini dijadikan pengajaran,” katanya.

Perkara itu turut diumumkan di Instagram sebentar tadi bersama pelancaran koleksi raya. Terdahulu, Rose mejelaskan dia tidak mengetahui mengenai kewujudan jenama tersebut sehinggalah ianya diperkatakan selepas melancarkan video promosi di media sosial.