fbpx

“Tak Minat Duit Penaja Untuk Majlis Kahwin”

Penajaan dan hari perkahwinan selebriti memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi bagi Siti Seleha untuk hari bahagianya yang bakal tiba nanti, beliau tidak mencari sebarang penajaannya dan lebih selesa menanggungnya sendiri. Menurutnya, jika ada pun, hanyalah kepada perkara kecil.

BACA: Siti Saleha Akui Minta Tips Rumah Tangga Dari Adiknya

“Saya sendiri tidak mencari dan menawarkan kepada mana-mana pihak untuk menaja. Setakat ini perbelanjaan besar semuanya hasil duit poket saya dan keluarga. Andai ada pun yang sudi menaja hanya membabitkan perkara yang kecil,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.

Berkongsi pula mengenai persiapan perkahwinanya, Seleha memberitahu setakat ini sudah banyak perkara persiapan sudah selesai, malah abangnya juga, Sam Bunkface turut membuat persembahahan di hari bahagianya nanti yang dijadualkan berlangsung pada 28 Julai ini.

Sebelum ini, Siti Saleha mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Lutfi Azhar, pada 28 Julai depan dengan majlis yang bertemakan tradisional dan moden. Bagaimanapun lokasi majlis berkenaan masih dirahsiakan sehingga kini. (rtky/w)