Bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, Siti Saleha mengakui dalam masa yang sama dia turut bertanyakan tentang tips dan juga cabaran yang akan dilalui apabila sudah berkahwin nanti.

“Saya ada minta tips rumahtangga dari adik, antara yang dikongsikannya ialah mengenai sikap bertolak ansur dan kena banyak bersabar,” katanya kepada Rotikaya.


Disoal tentang persiapan mengenai majlis perkahwinannya, pelakon ini menjelaskan bahawa sudah hampir 50 peratus perkara berkaitan sudah diselesaikan malah abangnya, Sam Bunkface juga akan turut membuat persembahan.

Sebelum ini, Siti Saleha mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Lutfi Azhar, 31, pada 28 Julai depan dan majlis yang bertemakan tradisional dan moden itu akan diadakan di lokasi yang masih dirahsiakan sehingga kini. (rtky/h)