fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai status luahan adik kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah seolah merujuk kepada pelakon Sharnaaz Ahmad.

Memetik laporan Kosmo!, Sharnaaz berkata dia enggan memanjangkan isu tersebut serta tidak mahu bersifat negatif.

BACA: “Kau Panggil Family Aku Barua” – Syada Amzah Tak Suka Kakak Dikenen Dengan Sharnaaz?

“Hanya benda-benda positif dalam hidup saya. Yang negatif minta dalam test kit (ujian kendiri) Covid-19 sahaja.

“Saya tak berminat nak komen panjang. Saya sekarang ada kehidupan yang indah bersama yang tersayang, Jebat Jayden,” katanya.

Ditanya sama ada dirinya marah dengan isu yang tercetus, Sharnaaz berkata dirinya gembira sahaja dan mengakui sudah lama tidak marah-marah.

“Tak marah aih. Gembira sahaja. Dah lama tak marah-marah ni. Kena marah ada lah dengan Jebat,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz berkata dia tidak mampu menghalang peminat untuk mendoakan tentang jodohnya namun dia percaya semua itu di tangan Allah.