fbpx

Pasti ramai tahu baru-baru ini ramai meminta agar Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah kembali bercinta selepas pelakon itu dilihat memberikan sokongan buat penyanyi itu di AJL baru-baru ini.

Malah, dalam satu temu bual Sharnaaz berkata dia tidak menghalang orang ramai mendoakan tentang jodohnya serta mengakui ada berbalas mesej dengan Shila.

BACA: Sharnaaz Ahmad Tak Tolak Jodoh Dengan Shila Amzah

Bagaimanapun, semalam perkongsian adik kepada Shila iaitu Syada Amzah di Twitter menjadi perhatian ramai seolah tidak senang dengan perkara tersebut.

Turut menjadi perhatian, status Syada bahawa dia tidak dapat memaafkan individu yang memanggil kakaknya jalang dan keluarganya barua. Bagaimanapun, tidak diberitahu status tersebut ditujukan kepada siapa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seolah dapat meneka status itu merujuk kepada siapa. Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa terkejut serta dengan sikap biadab individu berkenaan apabila menghina keluarga orang lain.