fbpx

Tak Perlu Mainan Mahal, Anak Elfira Loy Boleh Duduk Diam Main Petai

Baru-baru ini perkongsian pelakon Elfira Loy menjadi perhatian apabila memuat naik gelagat anak sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf.

Menerusi entri itu, Elfira meluahkan rasa syukur anaknya itu pandai berdikari serta boleh bermain sendiri lebih-lebih lagi sejak mempunyai adik.

BACA: Job Berlakon Tak Banyak, Netizen Persoal Kehidupan Mewah Elfira Loy?

Elfira turut memuji putera kesayangannya itu juga yang boleh membantunya jika dia memerlukan apa-apa. Namun, apa yang paling menjadi perhatian apabila Elfira berkata minat Rayyan pada barangan tertentu yang membolahkan dia duduk diam.

Kata Elfria, anaknya itu suka bermain dengan ranting, bunga kantang serta daun-daun yang menjadi kegemarannya.

Malah, Elfia turut memuat naik video memaparkan anakya bermain dengan tangkai petai dengan begitu khusyuk sehingga sejam.

Comelnya Rayyan suka sukakan eleman alam. Tak perlu beli mainan mahal-mahal selepas ini, memang jimat.

Elfira dan Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Pasangan itu dikurniakan memiliki sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf 2 tahun dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.