Job Berlakon Tak Banyak, Netizen Persoal Kehidupan Mewah Elfira Loy?
Baru-baru ini, perkongsian pelakon Elfira Loy di Insta Story menjadi perhatian apabila menjawab persoalan netizen yang bertanyakan mengenai kehidupan mewahnya.
Menerusi soalan tersebut, individu berkenaan seolah kurang senang dengan kehidupan pelakon itu yang berbelanja mengalahkan anak Tan Sri.
BACA: Kongsi Video Bersalin, Elfira Loy Dipuji Langsung Tak Menjerit Masa Meneran
Malah, individu itu turut bertanyakan dari mana datangnya sumber pendapatan pelakon itu sedangkan sudah lama tidak berlakon.
Tenang menjawab persoalan netizen itu, Elfira berkata rezeki yang diterimanya itu adalah yang tidak disangka-sangka.
Dalam perkongsian lain, Elfira berkata dia seorang wanita bekerjaya dalam dalam mencari rezeki. Katanya, biarpun hanya untuk membeli goreng pisang, dia tetap menggunakan duit sendiri.
“Saya ada duit okey. Saya kerja siang dan malam cari duit. Saya nak beli goreng pisang pun saya tak minta duit laki (suami) saya. Saya beli sendiri.
“Kalau saya jenis minta duit lelaki ‘kaya’ ni, saya dah pakai Ferrari. Tak adalah pakai kereta saya sekarang.Paling-paling pun saya akan ada empat maid (pembantu rumah). Tapi tak, saya urus semua sendiri,” tulisnya.
Terdahulu, Elfira yang mendirikan rumah tangga bersama Faris pada 1 Januari 2019. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan yang kini berusia dua tahun dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.
- SUMBER
- Cari Forum
Bukan kau ker yang kene declare bankrupt aritu? Ker aku salah orang?
Huhhhhhh…koyak derrrr kena tanya mcm tu..LOL!!!!!!
tp betul la soalan dia tu…gaya hidup melampau
lah ada impian nak 4 maid and nak pakai ferrari rupanya.. kesian dpt laki tak mampu bagi semua tu mcm laki eina azman.. hhaa sedeyyy
DIA BELAKON JD SINCHAN SBB TU ADA DUIT… HAHAHAHAH. SINCHAN TU DIA LAH TU.. KO HADA???
JD SINCHAN MMG LAH BERDUIT…. KATOON FAMOUS KOT!HAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA
Aq tk fhm btl. Kalau die nak kaye pun biar la. Die tk susahkan hidup orang pun. Bukannye die kaye mintak duit kat orang. Maube ade la tu sumber pendapatan die. Mane tau die meniage online ke. Hidup orang tk pyh la sibuk nak tau. Nak masuk satu kain. Ni la die orang malaysia. Tk penah nak maju sebab suke sangat ambek tau hal orang. Jage hal sendiri dah la. Ni tak.
LHDN sila…silah
i think dia pun ada jd duta. dia ada produk makanan apa tah. mak dia tolong jaga anak dia so buat apa nak amik maid. laki dia gaji not bad jgk kot, tgk selalu je main golf. keluarga mertua nampak mcm org berada. and rezeki dia murah..
apa nak kisah… laki dia kaya kot… apak mentua dia pun kaya… kalau bukan duit dia pun, laki dia mesti bagi duit nafkah… itu pun tak boleh fikir netijen ponnn
Lah korang nie baca rotikaya tp masih blurr lg dlm mencari jawapan mcm mana budak ni hidup mewah. Aku bagi korang teka melalui pilihan jawapan dibawah:
a) founder produk kecantikan
b) founder produk kecantikan
c) founder produk kevantikan
d) founder produk kecantikan
e) semua diatas
Pernah ke ada retis yg kuar dlm blog rotikaya yg kaya jual telor ke, jual asamboi ke, jual rebung ke? Tidak tidak tidak…bebal founder, bida founder, alif sukri founder pendek kata mesti jd founder punya barulah boleh kaya..