Michael Ang Mahu Dalami Islam Sebelum Pergi Mekah
Saudara baru, Michael Ang memberitahu dirinya berhasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci, Mekah suatu hari nanti namun pada ketika ini biarlah beliau mendalami agama Islam dan membetulkan bacaan dalam solat terlebih dahulu.
BACA: Mimpi Kaabah Buka Hati Michael Ang Peluk Islam
“Saya hanya akan ke sana apabila sudah betul-betul bersedia. Saya mahu dalami Islam dan belajar membawa al-Quran dan betulkan bacaan dalam solat. Saya tidak mahu pergi ke sana semata-mata mengambil gambar”
Menyambut bulan Ramadhan buat pertama kali, Michael terpaksa akur tidak dapat berpuasa penuh kerana mempunyai masalah gastrik. Malah pengarah itu juga baru saja menjalani pembedahan batriatik bagi mengurangkan gastrik.
“Jika ada rezeki, orang tidak akan tahu kerana saya rasa tidak ada keperluan untuk orang tahu. Saya ada gastrik yang teruk dan terpaksa makan pil untuk kawal masalah itu. Kalau saya boleh tahan sakit, saya akan tahan dan puasa”
“Saya sudah cuba makan nasi ketika sahur dengan harapan dapat berpuasa sepanjang hari tetapi sekitar jam 1 petang, perut akan memulas dan kembung, jadi saya terpaksa makan ubat bagi melegakan kesakitan,” katanya. (rtky/w)
- SUMBER
- Harian Metro
It’s ok mike.. pelan2.. insyaAllah ok nanti.. perut x biasa lg berpuasa tu.. all the best to u :-)
Betu tu… ada yg turun naik sampai 2 kali setahun tapi perangai masih mcm itu juga setakat nak bergambar dan di puji
Ada yg bawa org pergi umrah tapi masih berkepit dgn perempuan seksi tak tutup aurat..
Boleh didahului dgn umrah…suatu usaha kpd kebaikan, satu jalan dibuka mempermudahkannya..
couldn’t agree more mike, posing depan kaabah kemain pastu buat caption menginsafkan tapi balik msia buat perangai erghh..
Islam itu mudah..yg dlahirkan dlm keluarga islam pon ada kala terleka mengabaikan kewajipan….yg penting setiap kewajipan hendaklah dlakukan berterusan..