fbpx

Tak Mahu Panjangkan, Raja Farah Anggap Isu Jenaka Rogol Selesai

Pelakon Raja Farah menggangap perkara tersebut sudah pun selesai serta enggan memanjangkan lagi isu jenaka rogol membabitkan dirinya itu.

Raja Farah berharap agar insiden yang berlaku pada dirinya dapat dijadikan iktibar dan tidak berlaku kepada orang lain selepas ini.

BACA: Cerita Babak Rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

“Saya tak nak komen sangat kerana secara dasarnya, perkara ini sudah selesai. Cuma, apa yang saya harapkan, perkara ini tidak akan berulang atau terjadi lagi kepada sesiapa selepas ini.

“Semoga semua pihak yang terbabit dengan mana-mana program bual bicara akan lebih sensitif dalam menerbitkan konten mereka,” katanya.

Menurut Raja Farah lagi, dia masih belum menerima permohonan maaf secara peribadi daripada penerbit dan pengacara, Khir Rahman meskipun dia sudah memohon maaaf di Instagram.

“Saya tengok Abang Khir ada cuba cari nombor telefon saya namun, dia tidak ada DM (direct messege) atau apa-apa. Kalau abang Fauzi, dia ada DM saya dan muat naik dalam Instagram,” ujarnya.

Dalma pada itu, Farah mengakui sangat terkesan dengan apa yang berlaku namun suaminya sentiasa memberikan sokongan serta memahami.

“Sejujurnya, saya sangat terkesan. Rasa macam aib dibuka dan rasa seperti tidak dihormati. Saya dan suami berlapang dada dan kami berharap jangan ada pihak yang memburukkan keadaan pula.

“Saya tak kisah andai tak buat permohonan maaf secara terbuka. Perkara biasa sebagai manusia apabila kita tersilap kata. Harap semuanya diselesaikan secara baik,” katanya.