fbpx

Elfira Loy Pilih Pengurus Besar Sebagai Bakal Suami

Semalam, berita pertunangan pelakon Elfira Loy mengejutkan banyak pihak dan peminat. Mana tidaknya, isu putus tunangnya dengan penyanyi Sufian Suhaimi masih lagi menjadi buah mulut orang ramai.

Menurut sumber yang berkata kepada BH Online, majlis merisik dan bertunang itu dilakukan secara tertutup di kediaman Elfira di Alam Damai dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat. Sumber turut mendedahkan, pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan, namun masih belum menetapkan tarikhnya lagi.

BACA: Jejaka Di Samping Elfira Loy Merupakan Anak Datuk?

Jejaka yang berjaya mencuri hati Elfira itu dikenali sebagai Muhammad Faris Khairol Anuar yang bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota.

Dalam pada itu, Elfira yang dihubungi enggan mengulas mengenai perkara tersebut. Bagaimanapun, Elfira memberi bayangan dirinya kini sedang bahagia apabila dia memuat naik gambar hati menerusi Insta Story.

Terdahulu, hubungan Elfira bersama jejaka itu menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik gambar bersama seorang lelaki pada awal Ogos lalu. Rata-rata peminatnya membuat andaian bahawa Elfia sedang dilamun cinta.