Dua Tahun Tiada Job, Ali Puteh Bergantung Dengan Duit Simpanan
Kemelut dengan balu Allahyarham Abam iaitu Nur Hidayah ternyata memberi kesan besar kepada pelawak Ali Puteh yang hanya menerima satu tawaran sahaja program TV dalam tempoh dua tahun sejak tahun 2020.
Memetik Harian Metro, Ali berkata tawaran itu diterima pada Ramadan lalu untuk program mengaji dia perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi panggilan video dengan bayaran diterima sebanyak RM300.
BACA: Ali Puteh Jual Ayam Tapi Bukan Untuk Bayar Ganti Rugi RM60,000 Kakak Ipar
“Itu saja tawaran diterima dalam tempoh itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300,” katanya.
Ali berkata lagi, sepanjang tempoh tersebut dia menggunakan wang simpanan dan berjimat cermat untuk meneruskan kehidupan.
“Dua tahun lebih tak ada ‘job’ (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega di Astro itu lain sebab komuniti pelawak kecil. Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.
“Dua tahun saya gunakan duit yang saya ada untuk bertahan dan kami berjimat cermat. Saya ada isteri dan anak yang perlu dibesarkan dan setakat ini, masih diberikan kelengkapan yang mencukupi bagi membesarkan mereka,” katanya.
Pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan, Ali turut mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas untuk dijadikan modal perniagaan.
“Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.
“Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu,” katanya.
Berkongsi lanjut, Ali meluahkan rasa syukur sudah pun menerima tawaran berlakon dalam drama sitkom Lot 69 yang akan ditayangkan pada Jun ini.
- SUMBER
- Harian Metro
So ada sapa kisah ke?! Kalau kami org biasa xde keje xde sapa amik tau pun. Pandai laa nk survive xkan tu pun org nk kena ajar?! Semua org ada masalah dlm hidup ni, ko ingt ko jd pelawak, keluar tv ko special ke dari org lain?! Xde maknanya …
Ish sian abam hiitam ni. Walapun dia mcm bangla roti telor tapi telo dia itam2 manis
Rasakan…kifarah untuk orang hati busuk!.
Bersihkan hati, terima lah ketentuan. Berbaik- baik la memandangan zuriat arwah pn darah daging ko. Mana tahu, lepas ni boleh join business bini arwah abam pulak kan, rezeki jugak tu.
sama je..kami rakyat pun mcm tu bang, hidup ni biasala ada senang..tp selalunya susah je la..mcm kami B40 ni….dpt duit kwsp..pakai sikit2….
ko up cete ni nak suruh producer bg ko job ke? ko rasa ada ke nak tgk ko lepas ko dah buat mcm tu?
Woit Mael Bera marah cakap omputih. Jgn kata tak ada ‘ job ‘ kata tak ada kerja.
Cash!
Lagipun, sebelum ni mmg kerja biasa2 je pun..So klu takde job glamour, rendahkan la balik taraf belanja tu. Duduk la rumah selayaknya dgn gaji biasa2, bukan gaji retis..
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Kau aniaya balu & anak arwah ABANG kau sendiri. Cash Allah bayar.
bila senang berlagak ckp org xnk dgr..
hukum agama main langgar..
skang bile dh jatuh.. baru keluar ayat simpati..
sorry aku masih x kesian..
aku lg kesian kt hidayah tu hari2 upload ig buat bisness mcm2..
buang rse malu, make up hias cantik2 nmpk confident supaya ade org beli produk dia jual.. dia xde nk guna ayat simpati mcm kau pn mse dia jatuh…
kau kne tlg kakak ipar kau tu bru rezeki kau melimpah ruah..dh mmg amanat kau..ingt jgn main dgn harta ank yatim..