fbpx

Tak Mahu Balik Lewat Malam, Siti Saleha Hadkan Tawaran Berlakon

Menolak tawaran untuk berlakon dalam drama banyak episod, pelakon Siti Saleha berkata punca dia berbuat demikian kerana tidak mahu pulang ke rumah sehingga lewat malam.

Menurut Saleha, bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon apatah lagi perlu bekerja lebih dari 12 jam. Jelasnya lagi, keputusan itu dibuat bukan kerana suami tetapi dia sendiri meletakkan syarat tersebut.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Siti Saleha, Ahmad Lutfi

“Penat.. jadi pelakon ini bukan mudah dan ia sememangnya sukar. Kadang-kadang kena kerja lebih 12 jam sehingga menyebabkan kita rasa penat. Tengok di TV macam senang tapi kena kerja keras.

“Saya memang tak ambil tawaran drama yang terlalu banyak episod sebab penat dan saya tak suka balik lewat. Bukan sebab suami tapi saya sendiri tahu benda ini.

“Saya tahu saya tak nak balik lewat dan saya pun akan hadkan untuk ambil drama berkisahkan cinta,” katanya kepada mStar Online.

Baru-baru turut diumumkan bahawa drama 7 Hari Mencintaiku bakal menyambung siri ketiga pada tahun hadapan, Saleha akui terkejut. Bagaimanapun, dia belum membuat apa-apa keputusan dengan tawaran untuk sambungan tersebut.