fbpx

Tak Lari Lepas Langgar Kereta, Fasha Sandha Jumpa Rider Untuk Belanja Makan

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok apabila seorang rider penghantar makanan telah melanggar kereta seorang pengguna jalan raya.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai tindakan jujur rider tersebut yang tidak lari malah berniat mahu membayar ganti rugi dipuji.

BACA: Netizen Kurang Senang Tengok Video Fasha Sandha Bersama Suami

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Tindakan jujur pemuda itu turut mendapat perhatian yang Fasha Sandha tersentuh dengan sikap pemuda tersebut dan berniat mahu bertemu serta memberikan hadiah.

Menerusi perkongsian terbaru, Fasha memaklumkan dapat berjumpa dengan pemuda bernama Shahril Bin Zakaria serta menjemput untuk makan bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Malah, Fasha berharap semoga kita semua dapat  mengambil teladan daripada kisah rider tersebut serta mendoakan pemuda itu berjaya di masa hadapan.

Malah, Fasha turut berkongsikan tidak menyangka Adinda Bongsu YDP Agong, Tengku Dato’ Hajjah Shahariah Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sudi mengirimkan makanan buat mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Terdahulu, rata-rata netizen terharu dengan sikap rider tersebut yang sanggup menunggu dan memohon maaf diatas kesalahan yang dilakukan.

Malah, ramai memuji sikap pemandu kereta yang dilanggar itu yang beradab serta turut bertolak ansur tanpa mencetuskan sebarang pergaduhan.