“Tak Laku Ke?” – Zara Zya Penat Asyik Ditanya Tentang Jodoh
Pelakon Zara Zya mengakui hatinya terkilan apabila membaca komen yang ditinggalkan oleh netizen yang asyik bertanya mengenai soal jodoh.
Memetik Harian Metro, Zara berkata pertama kali dia menitiskan air mata ketika sedang bersiaran langsung susulan komen ditinggalkan netizen.
BACA: “Saya Tidak Ada Kaitan Lagi Dengan Cawangan Bubble Bee Di Cheras” – Zara Zya
Menurut Zara, bukannya dia tidak boleh menerima teguran namun entah mengapa emosinya sensitif sejak kebelakangan ini.
“Pagi-pagi mungkin mereka membuka mata untuk menyakiti hati orang lain. Tak tahulah kenapa, kita selalunya bangun pagi nak muhasabah diri, tapi ada orang yang buka mata untuk mengecam.
“Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya ambil pendekatan untuk tidak peduli, tapi entah kenapa sejak fikir-fikir ini jadi sensitif sangat. Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi percakapan itu mengguris hati saya.
“Contohnya seperti tanya tiada orang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang akhir-akhir ini menyinggung saya,” katanya.
Tambahnya lagi, hidupnya bahagia sahaja namun mengakui terjejas sehingga trauma untuk keluar apabila dirinya dihakimi oleh netizen.
“Saya gembira saja dengan hidup saya, namun apabila dihakimi dari atas sehingga ke bawah membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar,” katanya.
Dalam pada itu, Zara berkata kata-kata negatif yang dilemparkan bukan saja memberikan impak terhadap kesihatan mental, malah membuatkan dirinya memencilkan diri.
“Otak saya menjadi penat dengan kata-kata orang, sehinggakan saya patah semangat untuk membuat ‘live’ dan keluar berada di tempat awam.
“Saya lebih suka duduk terperuk di rumah saja. Sukar untuk saya jelaskan, namun saya mengambil solusi tidur sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah itu,”katanya.
- SUMBER
- harian Metro
Mesti yg tanya Zara tu set2 kawin muda tak sbr nak mencucuk & tak sabar nak dicucuk. Alsn cliche ” jauhi Zina, jaga diri” Pastu perasan kononnya dia kahwin awl tu sbb dia cun, sbb tu awal2 dah dipinang. Ha..ha..pdhal umur baru 18,19,20 pun dah birah nàk kawin. Ketuk duit mak bapak demi buat kendúri kau.
Si Zara ni bkn mcm minah2 dlm kepalà asik pikir kahwin, jantan, bunting, beranak. Pastu duk jd kuli laki. Zara ni bekerjaya jugak lah. Rumah pun dia beli sendiri. Bkn mcm minah gedik pikir kahwin,romeñ, beranak sbb tu jodoh cpt sgt. Rumah pun menumpang mak bapak.Dah ngko asik cari jantan, dptlah jantan kahwin dgn ko.
Zara asik cari duit,rezeki. Dptlah duit, rezeki. Poyo lah minah gatal, tak Dak kerja, jadi surirumah je, lbh téruk lagi SPM pun failed, kahwin awal acah cun pdhl dah tak Dak kerja lain(mintak kerja pun satu hapah tak layak?pastu nak kàta org lain tak làkú.
Lain Kali tanya birah2 kahwin awal poyo perasan hot tak Dak kerja ni bila dia nak mampus plak . Tau tak jwpnnya? Samalah mcm jodoh yg tak tàu bila. Entah² time zàra ni ats pelamin, kau dah pun slmt di Liang lahad….ha…ha..
Betul..Zara ni xkan layan jantan miskin sprt Rahim plug @ janidor kon.ek terbakar tu..
Tak apa Zara dari kelam kabut main sambar laki org atau jantan tak guna? Ramai yg kawin share joget2 couple tapi zahir tak bahagia pun buat apa? Ada kerjaya Insya’Allah kalau ada jodoh tak kemana…ignore jer.
No..I love Pariah Women
Ada Porshe, siapa berani.
Retis pompuan yg blom kawen sumernya nak tumpukan kpd kerjaya tak mau fikir pasal jodoh. Sibuk dgn keja takde masa nak fikir pasal kawen. Yg nak kawen pulak mahu tumpukan kpd klrga dan terima dan redho dgn ketentuan jodoh. Dua2 kenyataan sangat sesuai dan boleh pilih mengikut keadaan. Jodoh adalah ketentuan tuhan sekalipun kita mengernyam teringin amat nak kawen tp kalu takde jodoh maka takde lah. Kalu meronta2 menjerit kuar anak tekak tak mahu kawen tp kalu dah jodoh jd isteri ke4 atau isteri ke2 ahli politik atau jurulatih pasukan bolasepak atau duda pengurus dana itu sumer adalah takdir illahi. Nak wat camne?