“Saya Tidak Ada Kaitan Lagi Dengan Cawangan Bubble Bee Di Cheras” – Zara Zya
Pelakon Zara Zya menjelaskan dia tidak lagi mempunyai kaitan dengan cawangan minuman Bubble Bee Bandar Tasik Permaisuri Cheras yang diusahakan oleh pelawak, Shuib.
Memetik Harian Metro, Zara berkata penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan jika ada pihak yang bertanyakan kepadanya mengenai cawangan berkenaan.
BACA: “Saya Dah Bersedia Bergelar Isteri” – Zara Zya
“Saya tidak mempunyai kaitan lagi dengan cawangan di Cheras. Jadi, saya ingin mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang berhubung isu ini.
“Kali terakhir saya dimaklumkan mengenai urusan cawangan jenama minuman berkenaan adalah pada Disember tahun lalu. Selepas itu, saya tidak lagi masuk campur mengenai urusan dan perjalanan bisnes Bubbe Bee bahagian Cheras.
“Bukan apa, saya ada menerima kiriman mesej dari peminat dan rakan terdekat yang ingin membeli. Jadi, rasanya baik saya menjelaskan suasana bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Zara berkata dia tidak mempunyai masalah dengan Shuib dan terhutang budi dengan pelawak itu.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Shuib dan menganggap adat perniagaan ada naik turun. Malah, dia juga terbuka untuk berbincang mengenai hala tuju bisnes itu.
“Malah, saya juga terhutang budi dengan Shuib yang banyak mengajak saya untuk berjinak-jinak dalam bidang makanan dan minuman,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Patah hati la tu..Jangan marah ha…
Bumblebee byk dah tutup
Tempat aku ni pun dah tutup
mahal, rasa tak sepadan harga
Dah gementar nanti SPRM dan PDRM soal tentang money laundering ke… Shuib dah pernah kena tahan. Kalau tak charge pun kena ingat “Mungkin belum lagi”.
Tak fikir ke camana benda yang tak dapat sambutan mana boleh buka cawangan? Boleh maintain?
“Dari mana” duit berasal…?
PERANGAI KEBUDAKAN SERUPA SAKAI. SEBAB TU TAK DE JANTAN NAK KAT KAU.
KO HOPERATE LAH MUKA KAU TU PENAT JE DAPAT CANTIK TAK JUGAK
Bubble (Bumble?) Bee nie kedai jual madu ke? Or a bumbling bee looking for a bee hive?