Tak Lagi Berhijab, Alya Iman Tahu Arwah Bapa Pasti Sedih
Perkongsian pelakon Alya Iman pada 1 Syawal lalu mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tampil tidak lagi berhijab dan mendedahkan rambutnya.
Memetik Kosmo, anak bongsu kepada pelakon era 80an, Allahyarham Azmil Mustapha itu berkata dia lega dapat menampilkan sisi sebenarnya dan enggan menipu di media sosial.
BACA: Tak Lagi Berhijab, Alya Iman Nak Jadi Diri Sendiri
“Saya memang senang tidak bertudung. Sebelun ini apa yang saya tunjuk kepada orang ramai adalah Alya Iman yang bertudung dan sopan santun.
“Namun, saya tidak cakap saya jahat, saya cuma tiada hak untuk halang tanggapan orang terhadap saya. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk menunjukkan diri saya yang sebenar. Kenapa mahu menipu di media sosial?” katanya.
Sementara itu, gadis berusia 22 tahun itu mengakui bertudung arwah bapanya menuruh untuk menutup aurat sejak dari kecil namun dia tidak mahu mahu terus hipokrit.
“Inilah diri saya yang sebenar. Kalau sesiapa mahu terima silakan dan jika tidak mahu tidak mengapa. Apabila bersama keluarga saya tidak memakai tudung. Cuma saya tidak tunjuk dalam media sosial.
“Hal tersebut kerana saya menghormati babah. Tetapi kali ini saya tidak boleh terus menjadi hipokrit dan hanya akan berfikir mengenai diri sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Alya berkongsi cerita mengenai permintaan bapanya untuk memakai tudung sejak kecil, dia mengakui akur dengan teguran arwah bapanya itu.
“Sewaktu babah ada, dia sering menegur saya untuk memakai tudung. Saya tahu dia akan sedih. Dia tidak gembira dengan keputusan saya tetapi mengenali dirinya, saya juga tahu dia akan terima apa sahaja yang saya lakukan,” katanya.
- SUMBER
- kosmo
So cerita dia kau nak salahkan arwah ayah kau sebab dia suruh kau pakai tudung dari kecik ke?
Biar la dia tak bertudung mak ayah da didik yg secukupnya dan rasa nya bdk ni bukan tk da didikan agama . Jadi senang simple 1 helai rambut kalu bukan muhrim pandang bersamaan berapa yea dosa ? Jadi +-×÷ la sendiri kalu masih belum kawin tahniah la kerana menyeksa ayah dia di kubur kalu da kawin laki dia la yg jawap nnti . Yg kita nk menbawang bagai buat tambah dosa lama lg wat apa. Kita ada cermin sendiri mau ingat . Ustaz² yg cerdik pandai dlm hukum da ckp dan menyampai kan jadi yg kita pulak ? Sendiri cari masalah jawap je nnti apa susah
Jauh kan lah KETURUNAN aku jadi macam ni.Anak Derhaka.
Teringat arwah Azmil Mustapha pernah bgtau dia bercerai 2kali. Perkahwinan kali pertama runtuh sebab bekas isteri pertama tak suka kehidupan glamor. Masa tu dia popular selepas berlakon beberapa filem tahun 80an. Perkahwinan kedua pulak hancur sebab isteri kedua nak kehidupan glamor. Masa ni pulak dia beralih jadi pendakwah bebas drpd berlakon tahun 90an. Alya ni anak isteri drpd perkahwinan kedua tu kalau tak silap.