fbpx

Tak Kisah Jadi Cleaner, Yatt Hamzah Teringin Mati Di Madinah

Kini sedang mengerjakan ibadah Umrah, pelakon Yatt Hamzah meluahkan rasa terharu apabila diberi kesempatan membersihkan tempat kedua paling suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram iaitu Masjid Nabawi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Yatt turut memuat naik video memaparkan dirinya sedang membersihkan karpet dalam Masjid Nabi itu dengan menggunakan vakum.

BACA: Yatt Hamzah Nekad Tunai Umrah Seorang Diri

“Memang dah lama teringin nak membantu pekerja kebersihan di dalam Masjid Nabawi sebab Bonda ni memang suka sangat membersihkan rumah. Alhamdulillah direzekikan dapat merasa menjadi cleaner Masjid Nabawi walaupun hanya sebentar,” tulisnya.

Dalam pada itu, ibu kepada enam cahaya mata itu turut meluahkan impiannya melihat anak-anaknya membesar di Madinah serta disemadikan di perkuburan Baqi.

“Aku amat teringin untuk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi’. Jika pada perkiraanMU, salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang cleaner di sini, aku amat berbesar hati YA Allah.

“Aku amat amat bangga andai dapat berkhidmat di sini buat Rasulullahku SAW. Kau makbulkanlah doa2 bonda ini wahai Tuhan Yang Maha Memaqbulkan doa,” doanya.

Terdahulu, Yatt nekad untuk menunaikan umrah seorang diri serta meluahkan rasa syukur apabila dijemput ke sana lagi meskipun berat untuk meninggalkan anak-anak.