fbpx

Tak Kisah Dikritik Tiada Bakat Menyanyi

Dikritik suara sumbang bukanlah perkara baru buat Fazura. Menerusi duet bersama penyanyi, Anggun dengan lagu The Good Is Back, Fazura sekali lagi dikritik hebat. Tetapi ia tidak mematahkan semangat Fazura dan beliau menerimanya dengan hati terbuka.

BACA: “Fazura Bab Hancurkan Lagu Memang Terbaik”

“Saya terima semua kritikan itu dengan hati yang terbuka. Biasalah, kita perlu berdepan dengan semua cabaran seperti itu untuk berjaya. Diakui, lagu itu paling sukar untuk saya nyanyikan, ditambah dengan vokal Anggun yang sangat hebat”

Selain itu, peminat juga membandingkan duet Anggun bersama rakan artis, Rossa yang dikatakan berganda sedap berbanding Fazura. Difahamkan kritikan itu bukan sahaja datang dari peminat Malaysia, tetapi juga Indonesia.

“Apabila dia memilih saya untuk menjadi rakan duet, saya sahut cabaran itu dengan memberikan yang terbaik mengikut kemampuan diri. Saya tak kisah pun jika ada yang membandingkan nyanyian kami, setiap penyanyi mempunyai cara nyanyian berbeza,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Pun begitu nyanyian duet Anggun dan Fazura berjaya mencapai tontonan paling tinggi jika dibandingkan dengan tiga lagi versi nyanyian duet dengan tontonan sebanyak 146,000 tontonan di YouTube (sehingga semalam). Syabas Fazura! (rtky/w)