fbpx

“Fazura Bab Hancurkan Lagu Memang Terbaik”

Baru saja dimuatnaik di laman Youtube, lagu hasil duet Fazura dan juga penyanyi hebat dari Indonesia iaitu Anggun, The Good Is Back telah menarik minat peminat mereka. Tidak sah jika tidak ada kecaman dan juga kritikan pedas warga laman sosial, lagu tersebut merupakan penanda aras buat Fazura dalam bidang nyanyian.

BACA: Fazura Perjelas Situasi Sebenar ‘Baby Bump’

Bagi pendengar, ada yang boleh menerima lagu tersebut walaupun suara Fazura diperkasakan lagi dengan auto-tune namun bagi sesetengah peminat, mereka merasakan kolaborasi antara dua penyanyi tersebut bagaikan tidak kena dan kedengaran pelik.

Namun dalam masa yang sama, mengenali Fazura dalam berhadapan dengan kecaman sebelum ini, perkara sebegini nampaknya tidak menjadi masalah dan juga penghalang baginya untuk terus menyanyi.

Kita tunggu saja siapakah selepas ini akan berkolaborasi dengan Fazura. Mendengar muzik ini macam makan juga’bukan? Apa yang sedap di telinga kita mungkin tak sedap langsung di telinga orang lain. (rtky/s)