fbpx

Penyanyi Yonnyboii berkata dia tidak terasa atau berkecil hati ada pihak yang menganggapnya ‘clingy’ kerana sentiasa melekat dengan isteirnya, Nik Nazira.

Memetik Utusan Online, Yonny berkata setiap orang ada pandangngan mereka masing-masing dan enggan ambil peduli dengan apa diperkatakan netizen.

BACA: “Kami Tak Rancang Anak Pun, ‘Buat’ Saja Asal Jadi” – Yonnyboii

“Clingy? Biarlah orang nak cakap apa sebab setiap orang, pandangannya berbeza-beza. Bagi saya, dalam apa juga keadaan, saya perlukan dia. Kalau tiada dia di sisi, saya jadi gementar untuk berdepan dengan orang. Saya memang mahu dia sentiasa di sisi. Isteri ialah sistem sokongan saya,” katanya.

Menurut Yonny lagi, dia mengakui sejak berkahwin, keadaan dirinya lebih terurus apatah lagi dia mengalami penyakit Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD). Dalam pada itu, Yonny turut meluahkan rasa syukur isterinya memahami dirinya.

“Saya menghidap penyakit Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif. Isteri saya saja yang faham keadaan ini, meskipun pada awal perkahwinan, dia baru kenal diri saya yang sebenar.

“Alhamdulillah, dia faham dan tahu apa yang saya perlukan. Kadangkala, kalau saya terlampau teruja, dia akan tegur. Dia ajar saya bagaimana untuk jadi lebih tenang. Bagi saya, adanya dia lebih menyenangkan kerja. Saya dulu, banyak fikir. Sekarang, bila ada isteri, memang saya mahu dia sentiasa ada di sisi,” katanya.