fbpx

“Kami Tak Rancang Anak Pun, ‘Buat’ Saja Asal Jadi” – Yonnyboii

Meskipun usia perkahwinan belum mencecah setahun, penyanyi Yonnyboii berkata dia dan isteri, Nik Nazira sedia bergelar ibu bapa di usia muda.

Memetik Harian Metro, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata dia dan isteri tidak pernah merancang dalam soal anak.

BACA: Selesa Berkepit, Yonnyboii Tak Sanggup Berjauhan Dengan Isteri

“Bagi saya, kami berserah kerana perihal itu kita tak boleh sedia pun. Tak tahu macam mana nak mula, nak tangani, tapi kalau boleh saya memang nak adalah satu (anak). Kami tak merancang pun, kami ‘buat’ saja, asal jadi,” katanya.

Menurut Yonny, dia dan isteri masih dalam fasa bulan madu dan pasti akan bersama ke mana sahaja kerana tidak sanggup menanggung rindu. Malah, isterinya juga tidak kisah menolak tawaran berlakon kerana tidak mahu berjauhan dengannya.

“Isteri saya selalu ikut teman di mana saya bekerja. Kalau dia ada kerja, saya yang akan pergi teman dia. Perkahwinan kami baharu menghampiri setahun dan saya tak sanggup untuk rindu dia lagi.

“Saya kalau dia jauh, saya tak senang hati. Ke mana saja pergi bersama supaya saya tak payah nak rasa tak senang hati kalau apa-apa terjadi.

“Tempoh hari, isteri ada dapat tiga tawaran lakonan tapi dia tolak. Tapi dia tak kisah sebab ketika itu dia pentingkan saya dulu,” katanya.

Terdahulu, Yonny dan Nazira mendirikan rumah tangga di Ampang, Kuala Lumpur pada 20 November tahun lalu.