Pelakon Ahirine mendedahkan ramai lelaki mengajaknya untuk berkahwin namun tiada yang benar-benar serius untuk ke arah itu dan hanya cakap mulut sahaja.
Memetik Harian Metro, Ahirine berkata ada lelaki di kalangan VIP dan berstatus suami orang cuba mendekatinya tetapi dia menolak secara baik.
BACA: “Lebih 10 Lelaki Nak Ajak Kahwin Tapi Semua Cakap Kat Mulut Je” – Ahirine
“Saya juga tak nak cakap banyak sebab usia pun sudah meningkat, sesiapa yang serius nak ajak kahwin, boleh datang berjumpa bapa saya untuk masuk meminang.
“Dah lebih sepuluh lelaki yang saya jumpa cakap nak ajak kahwin tapi semua cakap kat mulut je tak berani pun bertemu keluarga,” katanya.
Sementara itu, mengenai kriteria calon suami, Ahirine mencari lelaki yang memiliki karier yang stabil, penyayang serta boleh memanjakannya.
Tambahnya lagi, dia tidak kisah jika calon suaminya dikalangan orang biasa namun dia sukakan lelaki yang suka aktiviti lasak sepertinya serta memiliki fizikal ‘fit’.
“Saya tak kisah calon suami dari kalangan selebriti atau orang biasa tetapi yang penting lelaki itu ‘fit’ dan perut tidak boroi. Selain itu, saya juga menyukai lelaki yang suka aktiviti lasak dan aktif bersukan seperti saya,” katanya.
SUMBER: Harian Metro