fbpx

Tak Hadir Sidang Media, Iqbal Akui Stress & Takut Nak Bercakap

Hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja, usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli menepati ramalan apabila menjadi peserta pertama tersingkir Big Stage 2022.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Difahamkan, selepas diumumkan tersingkir Iqbal terus keluar dari tempat konsert keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

BACA: “Gelupuh Mencelanak Lari, Tak Sihat Ke Atau Kau Takut Press?”

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Iqbal tampil memohon maaf di atas ketiadaannya pada sidang media selepas konsert.

Iqbal berkata dia bukanlah tidak sihat yang keterlaluan namun mengakui tertekan selepas membuat persembahan dan takut untuk bersuara pada malam itu.

“Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf atas ‘ketiadaan’ saya pada sesi sidang media selepas konsert berlangsung. Saya minta maaf sangat kepada pihak media yang menunggu.

“Mungkin saya bukanlah tidak sihat yang keterlaluan, tetapi pada masa yang sama perasaan saya bercampur stress selepas buat persembahan menyebabkan saya takut nak bercakap banyak malam itu.

“Saya takut akan menjadi terlalu panas dengan isu-isu berkaitan. Sekali lagi, saya memohon maaf,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai komen pedas Ajai selaku juri tetap Big Stage 2022 yang mengatakan bahawa Iqbal tidak dilahirkan sebagai penyanyi.