fbpx

“Gelupuh Mencelanak Lari, Tak Sihat Ke Atau Kau Takut Press?”

Hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja, usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli menepati ramalan apabila menjadi peserta pertama tersingkir Big Stage 2022.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Difahamkan, selepas diumumkan tersingkir Iqbal terus keluar dari tempat konsert keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

BACA: Tiada Di Sidang Media Selepas Tersingkir, Iqbal Beritahu Tak Sihat

Laporan mengenai Iqbal itu turut mendapat perhatian pengacara sensasi Azwan Ali atau Diva AA yang memuat naik status di laman Twitter.

Menerusi statusnya itu, Diva AA mempersoalkan Iqbal adakah dia benar-benar tidak sihat atau takut dikecam media sewaktu sidang media berlangsung. Diva AA turut meminta Iqbal supaya berhenti dengan drama ‘bodoh’ serta mempunyai sifat malu dalam diri.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai komen pedas Ajai selaku juri tetap Big Stage 2022 yang mengatakan bahawa Iqbal tidak dilahirkan sebagai penyanyi.