fbpx

“Tak Habis-Habis Perli Jihad Saya”

Penyanyi rap Caprice meluahkan rasa bengang apabila masih ada pihak mempertikaikan caranya mengangkat perjuangan jihad sebagaimana yang sering dilaungkan olehnya sebelum ini.

Kata Caprice, tidak semestinya perlu menunggu seseorang itu menjadi insan sempurna untuk melakukan perkara yang baik.

BACA: Caprice Pening, Minta Tips Netizen Macam Mana Nak Kata ‘Tidak’ Pada Anak

“Saya tak faham kenapa ramai tak habis-habis petik ‘jihad’ saya baru-baru ini. Tapi daripada lagu Chikaro, Xde Hal Bro, dan BAL, okey saje saya berkarya dan pada masa yang sama tetap meneruskan usaha jihad dalam pendidikan saya. Tak kan nak tunggu jadi sempurna baru nak cuba buat bende baik?” katanya.

Menerusi satu perkongsian semalam, Caprice turut menjelaskan dia sememangnya suka berkarya dalam seni hip hop namun tidak pernah melupakan jihad yang diperjuangkannya.

“Yang tak habis-habis perli jihad kita, saya tak akan pernah berhenti dalam urusan jihad dalam pendidikan yang telah dilakukan memandangkan, saya bukan buat itu demi manusia.

“Tetapi, saya akan terus berkarya dalam muzik dan filem untuk selama mana yang saya inginkan,” katanya.

Sementara itu, Caprice sempat menyindir golongan netizen yang merasakan diri mereka ahli syurga serta mengucapkan tahniah kerana sudah boleh membau syurga.

“Anda semua yang ahli syurga, saya nak ucap tahniah sebab awal-awal dah boleh bau syurga. insyaAllah, suatu hari nanti, sumbangan kecil saya ini akan dipertimbangkan di akhirat kelak,”katanya.

Difahamkan, semalam Caprice melancarkan lagu terbaru berjudul Ayah bergandingan dengan beberapa artis popular iaitu SonaOne, Tuju, Loca B dan Zynakal.