Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menegur segelintir rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur dålam bahasa kebangsaan.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, Uyaina berkata bahasa Melayu paling mudah untuk dipelajari kerana tidak mempunyai ganti nama untuk perbezaan jantina berbanding bahasa lain.

BACA: Sempat Buat Kejutan, Uyaina Arshad Keguguran Anak Kedua

“Tak guna kalau bergelar rakyat Malaysia kalau tak tahu bertutur bahasa Melayu. Tidak ada ‘gender’ dan tiada kata ganti nama yang berbeza untuk lelaki dan perempuan seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Arab.

“Bahasa Melayu cukup indah dan mudah untuk dipelajari. Kalau sebagai rakyat Malaysia pun awak enggan belajar untuk fasih bahasa kebangsaan, jangan terasa kalau ada yang marah dengan awak,” katanya.

Sementara itu, Uyaina berkata setiap rakyat Malaysia harus mahir bertutur dålam bahasa kebangsaan walau di mana pun mereka berada.

“Pergilah ke negara mana sekalipun, rakyat Malaysia wajib tahu bercakap dalam bahasa Melayu. Tidak kiralah berapa banyak bahasa lain awak mahir, tak ada gunanya kalau sebagai rakyat Malaysia awak tak tahu bahasa Melayu,” katanya 

Dalam pada itu, Uyaina turut menasihatkan mereka yang kurang fasih agar tidak patah semangat untuk belajar bahasa Melayu.