fbpx

Pelakon Abby Abadi memuat naik kenyataan seolah bekas suaminya apabila Norman Hakim memberitahu tidak mempunyai akses untuk mengubunginya.

Menerusi komen di Instagram itu, Norman meminta maaf diatas segala kelemahan dan salah silapnya selama ini serta akan mengambil tanggungjawab.

BACA: Norman Hakim Minta Maaf, Mengalah Dengan Abby Abadi

Katanya lagi, terpaksa meninggalkan komen di Instagram kerana tiada akses untuk menghubungi bekas isterinya itu serta mengatakan Marissa mengirimkan salam sayang untuk ibunya itu.

Sementara itu, kenyataan Norman itu mendapat reaksi daripada Abby yang memuat naik status di Insta Story seolah menyindir bekas suaminya itu dengan memberitahu bahawa dia memang sukar dihubungi kerana sudah berpindah ke Mongolia.

“Tak dapat dihubungi? Buat kelakar ke apa? Oh, lupa nak beritahu, line (talian) tidak ada. Saya sudah pindah Mongolia semalam,” tulisnya.