fbpx

Norman Hakim Minta Maaf, Mengalah Dengan Abby Abadi

Semalam, komen pelakon Abby Abadi menjadi perhatian apabila seolah kecewa dengan sikap bekas suaminya, Norman Hakim yang seolah lepas tangan dengan isu membabitkan anak perempuan mereka, Marissa Dania.

Bagaimanapun, Norman berkata dia tidak pernah lepas tangan dalam isu Marissa berkahwin di Thailand dengan lelaki bernama Aslam.

BACA: “Awak Memang Sangat Mengecewakan, Saya Penat Lama Menyimpan” – Abby Abadi

Malah, Norman turut meminta kepada Abby tidak semua perkara perlu dikongsikan kepada umum dan boleh menimbulkan banyak salah faham lagi jika banyak lagi ditulis di media sosial.

Namun, Abby berkata dirinya sangat-sangat kecewa dengan Norman serta mendakwa sudah lama menyimpan rasa.

Terbaru, Norman dilihat membalas komen Abby meminta maaf diatas segala kelemahan dan salah silapnya selama ini serta akan mengambil tanggungjawab.

Kata Norman lagi, dia terpaksa meninggalkan komen di Instagram kerana tiada akses untuk menghubungi bekas isterinya itu serta mengatakan Marissa mengirimkan salam sayang untuk ibunya itu.