Baru-baru ini perkongsian penyanyi Syada Amzah menjadi perhatian apabila menulis surat terbuka ditujukan buat bapanya, Datuk ND Lala.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik Kosmo, Syada berkata dia menulis kerana rindukan bapanya dan tiada niat lain sebaliknya mengharapkan bapanya akan membaca surat tersebut.
BACA: Syada Amzah Nafi Ibu Fail Cerai
“Apa yang saya tulis itu ikhlas dari hati. Saya bercakap apa yang saya rasa pada waktu itu atas kerinduan terhadap bapa.
“Saya tidak mengharapkan apa-apa. Cuma saya harap, ayah baca surat terbuka saya itu dan fahami apa yang cuba saya sampaikan,” katanya.
Susulan perkongsiannya itu ada yang menuduh penyanyi itu mahu ‘membuang’ bapa, namun Syada berkata dia masih sayangkan bapanya.
“Pasal orang cakap saya buang bapa saya, seperti yang semua orang tahu, kita tidak diberi pilihan untuk memilih siapa ibu bapa kita. Sebenarnya tiada istilah ‘membuang’ bapa. Macam mana saya nak buang? Sebab dia adalah darah daging saya.
“Walau apa pun terjadi, saya tidak boleh buang bapa saya. Semua anak-anak sayangkan dia. Nama saya pun selamanya akan berbintikan dia (Amir Amzah),” katanya.
Terdahulu, Syada berkongsikan tidak akan lagi memuat naik foto bapanya selepas didakwa berkahwin dengan wanita lain.