fbpx

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda ada memuat naik gambarnya bersama suami tercinta, Ude Wahid di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Izreen mengaku tidak boleh terlalu kerap memuat naik foto mesra bersama suami kerana bimbang akan membuatkan ada yang tidak selesa.

BACA: Izreen Azminda Sound Netizen Kutuk Warna Inai Neelofa  

Izreen dilihat menjawab komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya dimana tidak mahu ada orang mengatakan dia try hard dan mahu tenang-tenang sahaja.

“Sesekali tidak mengapa, jangan selalu nanti orang meluat. 

“Tak boleh (selalu muat naik) nanti orang kata terlalu mencuba. Kita biar rileks. Biar sesuai dengan umur. Tenang-tenang,” tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal hingga ke akhir hayat serta ada yang yang mengatakan wajah mereka seiras.

Terdahulu, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid pada Ogos 2017.