fbpx

Pasti ramai tahu pasangan pelakon Nazdmi Adhwa dan isterinya, Ardell Aryana sering menyertai misi bantuan kemanusiaan sama ada di Malaysia atau luar negara.

Memetik mStar Online, Nadzmi mendedahkan isterinya pernah berhabis RM10,000 wang simpanannya untuk membantu keluarga mangsa banjir.

BACA: Ardell Aryana Angkut Dua Bot, Redah Banjir Di Pantai Timur

“Isteri saya ini, kalau nampak orang susah dia mesti akan terus bantu. Dia pernah habiskan RM10,000 untuk bantu keluarga miskin… dia memang tak berkira soal duit.

“Macam saya, akan fikir terlalu banyak duit itu, tapi berbeza dengan dia. Isteri saya punya ikhlas boleh beri banyak itu, kalau saya ikhlas hanya RM500 saja.

“Tapi kami percaya pada rezeki, sebagai contoh, kami pernah habiskan RM30,000 untuk bantu mangsa banjir. Sehari selepas itu, kami dapat semula jumlah duit itu,” katanya.

Kata Nadzmi wang berjumlah RM10,000 itu terbahagi kepada RM5,000 pakaian serta barangan keperluan dan sebahagiannya lagi untuk pembelanjaan mereka sekeluarga.

Difahamkan, Nadzmi bakal terbang ke Tanzania, Afrika Timur bernama enam ikon popular bermula 6 Julai sehingga 19 Julai bagi menyertai misi kemanusiaan anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM).

Hampir dua minggu bakal meninggalkan keluarganya pada Aidiladha nanti, Nadzmi berkata anaknya, Arwa Malaika akan dijaga oleh Ardell.

“Insya-Allah saya pun akan ke Afrika untuk misi bantuan di sana pada Raya Aidiladha nanti selama dua minggu. Sepanjang saya di sana, isteri la yang akan jaga anak kami.

“Sebelum ini, isteri banyak sertai misi bantuan, jadi kali ini giliran saya pula. Isteri pun tak kisah akan sambut raya tanpa saya,” katanya.

Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 5 Jun 2020.