Umum mengetahui aktiviti rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan. Namun, kelonggaran diberikan pada mereka yang mempunyai urusan kerja namun dengan kebenaran polis.
Semalam, tindakan pelakon Nur Fazura memberikan komen mengenai ‘rentas negeri’ di program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) hangat diperkatakan netizen.
BACA: Baru Keluar Pintu Dah Rindu, Fazura Berat Hati Tinggal Anak Walaupun Sekejap
Difahamkan, Fazura yang menjadi salah seorang juri memberikan komen kepada kumpulan UNI yang dianggotai Atu Zero, Fad Bocey dan Fakhrul UNIC berdasarkan persembahan mereka.
https://twitter.com/amrmnff/status/1377979468220833794
“…sampai seludup mak bapa. Kita kenalah mematuhi peraturan daripada kerajaan, ikut prosedur operasi standard (SOP) kan. Tak boleh rentas, jangan rentas,” katanya.
Namun, ada segelintir netizen berteka-teki adakah komen tersebut dilakukan secara umum atau sindiran kepada individu tertentu.
"Kita kenalah patuh SOP. Tak boleh rentas, jangan rentas" – Fazura
Kahkahkah sekali dia perli kat live show ?
— Farhan Zulkefly (@farhanzulkefly) April 2, 2021
Bagaimanapun, ada yang memuji tindakan Fazura sebagai selebriti serta mempunyai pengaruh besar menasihati serta mengingatkan orang ramai tentang pematuhan SOP.