fbpx

“Tak Bermusuh Dengan Marissa Tapi Ada ‘Gap’” – Misya

“Madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Misya Mazlan berkata dia tidak bermusuh dengan isteri kedua suaminya itu namun ada ‘jarak’ antara mereka.

Menerusi sesi live di TikTok, Misya berkata mereka berdua tidak saling berhubung untuk memaklumkan mengenai kehidupan mereka masing-masing.

BACA: Abang Tesla Hantar Isteri Pertama Tunai Umrah Bersama Misya

“Saya tak bermusuh pun dengan dia cuma ada ‘gap’ (jarak). “Kami buat hal masing masing dan tidak ‘update’ pun pasal kehidupan satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Misya berkata hubungannya dengan Marissa bukan dalam fasa yang baik ketika ini tetapi tidaklah bermusuh.

“Saya pernah berbaik dengan dia. Ketika ini, kami nak kata berkawan pun tidak, musuh juga tidak.

“Anda juga boleh fikir kalau dia baik dengan saya, tak mungkinlah dia ‘block’ (sekat) semua komen tentang saya dalam akaun media sosial dia,” katanya.

SUMBER: HibGlam