fbpx

Hangat diperkatakan mengenai pelakon wanita yang didakwa cuba mengganggu rumah tangganya dengan Bella Astillah, pelakon Aliff Aziz mengesahkan wanita tersebut adalah Sophia AlBarakbah.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Azhar Sulaiman yang memaklumkan dia akan menerima tawaran berlakon dengan aktres itu meskipun ada pelakon lelaki yang sudah berkahwin menolak.

BACA: “Cakap Love You..”- Bella Astillah Dedah Mesej Dengan Sophia AlBarakbah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Menurut Azhar lagi, isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin percaya kepada Sophia malah sempat berseloroh akan banyak tawaran berlakon untuknya.

Sementara itu diruangan komen, Azhar turut meminta netizen berhenti menggelar Sophia sebagai pelacur serta mengatakan wanita cantik pasti akan difitnah.

“Kita tak tahu perkara yang sebenarnya. Perempuan cantik memang selalu kena fitnah macam dalam drama-drama juga.

“Tak baik label Sophia seperti pelacur. Fitnah besar itu. Peluang kita tak akan tahu hal sebenarnya. Jadi, lebih baik jangan berlebihan dalam mengulas,” tulisnya.

Semalam, Bella Astillah mendedahkan mesejnya dengan Sophia AlBarakbah selepas aktres itu mengaku tersuka suaminya, Aliff Aziz.

Dalam mesej perbualan tersebut Sophia telah meminta maaf kepada Bella serta merayu supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada umum selepas mengaku tersuka suami orang.