“Tak Baguslah Bermusuh Sesama Melayu & Islam Kerana Duit”
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan kembali apabila penulis skrip teater komedi Korupsi Dewan Senandung iaitu Aloy Paradoks mendedahkan masih belum menerima baki bayaran daripada penerbit, Fauziah Ahmad Daud.
Tampil membuka mulut mengenai isu itu, Fauziah atau mesra dengan panggilan Ogy berkata dia tidak pernah lupa atau lari dari membayar hutang. Ujarnya, dia berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
BACA: Sudah Dua Kali PKP, Penulis Teater Kesal Ogy Belum Langsai Hutang
“Malaslah nak cakap yang saya bayar hutang. Saya tak cerita pada orang pun. Takkan saya nak melayan sahaja apa dia nak menulis.
“Saya bayar kepada rakan kongsinya Rayza Mukmin. Itu tak perlulah saya nak ceritakan kepada semua orang. Ya, saya mengaku belum habis bayar untuk dia, tapi yang lainnya ramai yang saya sudah habis bayar. Yang penting saya bayar, bukannya saya lari atau tukar nombor telefon. Saya nak lari ke mana?,” katanya.
Dalam pada itu, Ogy juga memaklumkan dia juga keluar dari kumpulan WhatsApp yang diwujudkan khas untuk teater itu. Bagaimanapun, dia enggan melayan mesej yang keluarkan oleh penulis teater berkenaan.
“Tapi mungkin dia (Aloy) gemar cara begitu, biarkanlah. Saya pun tak kuasa melayan. Tak baguslah dia bermusuh sesama Melayu dan Islam kerana duit. Lagipun saya memang berurusan dengan rakan kongsinya. Saya dah cakap apa-apa saya akan bayar kepada dia.
“Saya malas nak melayan lebih-lebih kerana dalm kumpulan WhatsApp pun Aloy ada keluarkan perkataan, tunggu saja nak jumpa nak tampar. Saya buat tangkap layar, tunjuk kepada Rayza dan kata perlukah bercakap dengan orang tua begini?,” katanya.
Terdahulu, Aloy meluahkan rasa kesal walaupun negara kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, namun bayaran masih belum diselesaikan lagi.
- SUMBER
- Harian Metro
Kesian jugak kat kak Ogy. Dh mmg tkde duit sgt tu. Seniman x nk bantu ke? Atau kutip derma? Artis Msia ni byk kaya sebelum Covid London, N York, Paris, Instanbul belbagai merata holiday huuk
Hutang mmg wajib bayar no excuses laa. Ko x bole bayar kt dunia kalo ko sengaja xnk bayar kifarah dia atas dunia ko dpt cash. Kt akhirat kena lg, so sapa2 berutang tu usaha la bayar. Jgn bnyk bunyik tp xnk bayar…
bila dh tua tpi sibuk dgn urusan duniawi…theater apo kak gi hoi cer gi masjid mcm noorkumalasari….
x kemana pon la dunia hiburan msia ni cer tgok drama melayu cukop la byk sampah sarap kualiti hauk ttp sama ..yg boleh dibanggakan pon puteri gunung ledang tu jew. I kenot la theater ni taw.
Kasihan makcik ni hadapi masalah sesorang. Tapi jangan risau, Dr Adam Kan ada.
Kesian pulak…hutang tu mungkin dia bayar pelan2…masih ke ada org nak tengok theater? Tapi betul lah ramai generasi sekarang ni mcm kurang ajar dgn org tua
hutang adalah hutang.klu bayar on time xdela kwn tu bsing smp tahap mcm 2.klu rs xde budget xpyhla buat teater bkn smua org minat pn
Betul la Apa yg dikatakan makcik Ogy ni.
Dia bayar slow2 sb Apa yg ada x mencukupi la tu buat masa ni.
Dia tak lari pun. Kenapa tak pergi sim nah cat dkt pagar rumah dia? Bakar rumah dia sb berhutang? Ogy x lari kan.
Tu lah sampai masa kita harus berundur. Sedih plak DJ favorit sy Abby Fana atau Kak Bed dah bersara.. dulu masa dpt siaran sinar selalu dengar celotehnya.. mula2 tak suka tp lama2 suka plak hingga la kena pindah tempat baru yg tak ada siaran sinar. Terima kasih hibur kami selama 20 tahun.
Please ok heinrich backhand, i sula yg muda dan seksi jer k. Ogy ni tua sgt… Kalo tuamcm dana delaney nak ler. Ok sekian.
Eh,hutang kena byr lah! Org tu dh kerja xdpt gaji..
Tak baik aniaya org!
Rasanya akan dtg, jika xde bajet, sesiapa pun x perlu lah terbitkan teater atau produksi. Jgn tunggu nak byr pekerja atas byrn yg belum kita ada/ dpt melainkan sudah ada persetujuan dgn pekerja berkenaan. Ada byk risk dlm urusan bisnes mcm ni.
Di sini aku nak bg peringatan utk diri sendiri juga…dlm Islam kita disuruh berusaha utk cari rezeki yg halal dan jika kita engage pekerja / upah orang melakukan kerja2 tu kita wajib mngetahui hak2 mereka yg kita upah ni berdasarkan sunnah. Di antara perkara yg wajib kita amik berat ialah byrn upah pekerja tu.
Gaji yang telah dijanjikan. Ia hendaklah dibayar mengikut terma perjanjian. Bahasa yang digunakan dalam hadis adalah sebelum peluh kering seperti dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
???????? ????????? ???????? ? ?????? ???? ??????? ????????
Maksudnya: “Berikanlah upah pegawai (buruh), sebelum kering peluhnya.”
Riwayat Ibn Majah (2443), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (11988)
dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir (34)
“Terdapat tiga golongan yang akan menjadi musuh-Ku pada hari Kiamat… (salah satunya ialah) orang yang mempekerjakan orang lain, namun setelah orang tersebut memenuhi tugasnya, upahnya tidak dibayarkan.
Riwayat al-Bukhari (2227) dan Ibn Majah (2442)
Boleh rujuk lebih lanjut page Mufti Wilayah atas topik ni.
Mari kita berdoa semoga dpt keberkatan hidup.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
Riwayat Ibn Majah (925).
Semoga kalian dpt menyelesaikan konflik ini dgn baik.
Hutang wajib kena byr. Jgn libatkan Melayu or Islam dlm kes ko yg tak bmoral tu. Dlm Islam pun tekankan yg hutang wajib dibyr. Klu ko byr on time tak da la jd bgini.. Tp ko mungkin dah dpt duit.. Tiba2 tamak..smpi ko xmampu byr durag. Ngokla mck ni. Dah slh mo pusing cerita lg..
Aku lebih simpati dgn Aloy. Dah siap kerja, upah x dibayar mcm dijanjikan. Org lebih tua pun bukan secara automatik perlu dihormati. Tunjuk contoh baik dulu..
Amboi,amboi…ko yg hutang dia , bila dia tuntut, ko kata dia nak gaduh?? Ini mcm pun ada ka???