fbpx

“Tak Apalah Saya Cari Nafkah Sendiri” – Datin Red

Rumah tangga usahawan Datuk Red dengan isteri pertamanya, Datin Red terlerai jua apabila disahkan bercerai talak satu hari ini.

Memetik Astro Gempak, Datin Red tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya itu kerana memahami keadaan Datuk Red yang berada dalam kesusahan ketika ini.

BACA: Datuk Red, Isteri Pertama Sah Bercerai

“Sebab saya tahu dia muflis. Tak apalah saya cari nafkah sendiri sahaja untuk anak-anak saya. Itu saja saya nak cakap. Saya tak nak menyusahkan dia dan saya menyokong dia,” katanya.

Sementara itu, Datin Red berkata hubungannya dengan Datuk Red akan kekal baik seperti sebelum ini serta menyifatkan bekas suaminya itu seorang yang bertanggungjawab.

“Saya tahu dia tidak sekejam itu terhadap kami walaupun kami sudah tidak mempunyai hubungan. Saya tahu dia baik dan bertanggungjawab. Hubungan kami selepas ini pun baik sahaja,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak